“Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata Fasha Sandha sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.
Pasangan bahagia ini sudah menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa. "Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya. Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.
Tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha walaubagaimanapun enggan diberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.
Kata Fasha, Jejai adalah seorang sahabat dan teman paling rapat dan mereka banyak berkongsi dalam banyak perkara termasuk wawasan masa depan dan hobi.
Paling dihargai Fasha,Jejai menerima segala kelebihan dan kelemahannya dan Fasha yakin Jejai akan memimpin sebuah keluarga yang bahagia bersamanya.
berjaya seperti yang telah dirancangkan ,orang ketiga yang meruntuhkan rumahtangga orang .kesian bekas isterinya .memanglah pelakon pandai berlakon tapi babak minum memang tak berlakon semuga Allah melaknati orang yang minum arak dan Allah telah berfirman orang yang jahat akan dapat pasangan yang jahat. sesuai la mereka tuuuu
BalasPadam