Pementasan Teater Cuci The Musical: Last Kopek! diterbitkan oleh Tall Order Productions dan bakal menemui peminat lamanya dan juga penonton baru mulai 2 hingga 18 Mac 2012.
Tiket-tiket Cuci The Musical: Last Kopek! boleh dibeli di www.ticket2u.biz dan anda juga boleh dapatkan terus di kaunter tiket IB dengan variasi harga RM 53, RM 123, RM 163, RM 183, RM 203, dan RM 303. Anda juga boleh hubungi talian Hotline di 010-2102656 untuk sebarang maklumat lanjut.
Sebanyak 22 pementasan telah dijadualkan untuk Cuci The Musical: Last Kopek! dan Hans menjalankan sedikit modifikasi kepada barisan para pelakon. Harith Iskander masih lagi menduduki teraju utama, selaku pengarah yang dibantu oleh Azwa, koreografer bagi CTM musim yang ketiga pula mengharapkan agar musim ini lebih berjaya dan dia sudah bersedia untuk membawa pementasan ini kepada khalayak ramai.
Masih mengekalkan empat teraju utama dari musim yang kedua, Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac dan Nabil masih lagi menjadi empat beradik yang mengejar impian yang sama di dalam kotaraya metropolitan. Pelakon Vanidah Imran dan Reefa turut dikekalkan untuk musim yang ketiga ini.
Manakala, wajah baru untuk pementasan CTM 3 pula adalah watak Farah yang pernah dilakonkan oleh Adibah Noor, Jaclyn Victor dan kini telah diambil alih oleh Penyampai Radio Era, Dina Nadzir yang mengendalikan segmen Muzik Erathon. Selain dari menggantikan watak Wira yang pernah dilakonkan oleh Harith Iskander dengan Douglas Lim, watak bapa kepada CJ atau Tan Sri juga digantikan dengan Harun Salim Bachik. Maka, gabungan baru dan lama bersua kembali namun untuk kalu terkakhir buat selamanya.
Menurut Hans Isaac sendiri, dia tidak akan lagi menjalankan pementasan Cuci The Musical untuk masa akan datang dan perlu fokus kepada projek lain yang bakal dikeluarkan kelak, seperti filem Lemak Kampung Santan. Selain itu juga, Hans memberikan komen bahawa kesungguhannya di dalam menghasilkan produksi teater ini adalah untuk peminat yang sering bertanyakan mengenai CTM. Untuk memenuhi kehendak mereka buat yang terakhir kali, bajet sebanyak RM 2 juta lebih telah digunakan untuk pementasan berprestij ini.
Jalan cerita untuk CTM ini masih dikekalkan dan masih lagi dengan kisah suka duka empat adik beradik yang masih meneruskan hidup sebagai pasukan Cuci-Cuci Services,. Bezanya untuk kali ini, lawak jenakanya pula yang bakal membuatkan anda gelak terbahak-bahak. Mana mungkin anda tidak akan terhibur jika gabungan Afdlin Shauki, Awie, Nabil dan juga Hans Isaac yang ditambah pula dengan Harun Salim Bachik dan Douglas Lim? Fikirkan betapa rancak dan meriahnya pentas Istana Budaya dengan gelak ketawa yang sememangnya menghiburkan.
Sinopsis Cuci The Musical: Last Kopek!
Cuci The Musical: Last Kopek! mengisahkan empat beradik, Fairil, Khai, Jojo dan C’Tan yang mempunyai satu impian untuk menyertai pertandingan Window Washing Olympics. Perkenalan empat beradik dengan CJ atau Siti Jasmin, pemilik syarikat Kalthum Holdings yang telah memberikan peluang untuk mereka bertanding di dalam pertandingan yang menawarkan ganjaran yang lumayan. Wira yang sememangnya menaruh hati pada CJ menjadi pesaing utama kepada pasukan Cuci Cuci Services.
Kejujuran Khai telah menambat hati CJ dan berlaku juga bibit-bibit percintaan antara Khai dan CJ serta Jojo dan Farah yang disebabkan oleh pisang goreng. Fairil yang selalu bercita-cita besar untuk membawa Cuci Cuci Services mencapai tahap yang lebih tinggi telah melakukan sesuatu yang dilluar jangkaan sehingga menyebabkan mereka semua berpecah belah dan C’Tan yang begitu terkesan dengan perbuatan abangnya yang sanggup bekerja untuk Wira Holdings. Pertandingan tersebut dijalankan sekali lagi untuk berlaku adil. Cuci Cuci Services telah menyingkirkan Fairil dan menggantikan tempatnya dengan Farah.
Ancaman dari Wira tidak pernah berhenti dan di dalam cubaannya menggagalkan kemenangan Cuci Cuci Services, Fairil telah menyelamatkan adik-adiknya dari perbuatan keji Wira itu. Namun, mampukah C’Tan memaafkan perbuatan abangnya itu? Ikuti kisah empat beradik yang dipenuhi dengan kisah pahit, manis, gembira, sedih dan diselangi dengan rangkaian lagu-lagu yang mengasyikkan ini kelak.

0 ulasan:
Catat Ulasan