Projek Pistol akan berangkat ke Hong Kong pada 21 Mac 2012 sehingga 24 Mac 2012 setelah kumpulan ini menjadi pilihan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) bagi mewakili Malaysia dalam pertandingan Hong Kong Asia Pop Music Festival.

Hong Kong Asia Pop Music Festival ini akan mengumpulkan penyanyi-penyanyi popular dari Hong Kong, China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Singapura dan Malaysia pada 23 Mac di Hong Kong Exhibition & Convention Centre, Hong Kong. Seperti mana pada tahun sebelumnya, tahun ini Projek Pistol yang dianggotai Boy Clifford sebagai penyanyi, Edrie Hashim (Gitar), Zham (Gitar Bass) dan Pae (Drum) akan bersaing dengan 6 buah negara ini yang akan di wakili oleh penyanyi Negara mereka masing-masing dan mereka akan bersaing untuk merebut gelaran juara dan sekali gus dapat mengharumkan nama negara Malaysia .


Selain itu HKAMF ini juga adalah salah satu platform bagi Projek Pistol dikenali bukan sahaja dalam negara malah di luar Negara dan dapat berkongsi genre musik yang mereka bawa . Format HKAMF mempunyai 2 pusingan pertandingan iaitu pusingan pertama dan kedua. Pada pusingan pertama, ketujuh-tujuh negara peserta perlu memainkan 1 lagu sendiri mengikut pilihan sendiri.

Selepas itu, hanya 4 negara peserta sahaja yang akan layak untuk memasuki peringkat ke-2 (Pusingan Akhir). Semua peserta yang menyertai festival ini merupakan artis yang terulung bagi setiap negara masing-masing. Berikut adalah senarai artis artis yang bertanding yang mewakili negara masing masing:

* Malaysia - Projek Pistol
* China – Song Jing Yu
* Jepun – Hiroz seven
* Korea – Ali
* Singapore – Bevlyn Kho
* Taiwan – Anthony Neely
* Hong Kong – Alex Hung

Semoga berjaya!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top