Isu Lambakan Filem Seram

Kementerian Penerangan, Komu nikasi dan Kebudayaan (KPKK) menggesa stesen televisyen swasta menghadkan penayangan filem berunsur seram, hantu dan tahyul kerana walaupun terdapat elemen atau unsur-unsur pengajaran dalam filem atau drama tersebut namun nisbahnya agak kecil berbanding kesan serta implikasi negatif kepada masyarakat.

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, Suruhanjaya Komunikasi Mul timedia Malaysia (SKMM) dan Forum Kandungan Komu ni kasi dan Mul timedia Malaysia (CMCF) diminta bertin dak dengan lebih tegas selain meningkatkan kawal selia penayangan filem dan drama seumpama itu di kaca televisyen kerana Kementerian tidak mahu lagi rakyat di negara ini terus disogok dengan filem sedemikian.

Pada masa ini, terdapat beberapa mekanisme kawalan kandungan yang telah dilakukan bagi memastikan kandungan siaran yang disiarkan di televisyen tidak membawa kemudaratan kepada penonton.

Antaranya melalui peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia, Akta Penapisan Filem 2002 dan undang-undang lain yang terpakai ke atasnya.

Walau bagaimanapun, Kamaruddin mengulas terhadap isu lambakan filem dan drama berunsur tahyul, seram serta hantu yang dewasa ini banyak ditayangkan di stesen televisyen bukan milik kerajaan.

Difahamkan isu lambakan filem dan drama bergenre seperti itu dilihat seolah- olah menjadi fenomena selepas pengeluar filem dan drama dilihat bagai berlumba-lumba menghasilkan produk seni tersebut yang dipercayai memberi pulangan lumayan.

Katanya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) stesen milik kerajaan tidak mempunyai masalah mengenai isu tersebut kerana RTM tidak digalakkan menyiarkan filem atau drama berunsur seperti itu.

“Ia didapati terlalu banyak ditayang di saluran swasta. Malam tadi pun saya ada tonton,” ujar Kamaruddin sambil menyifatkan filem mahupun drama seumpama itu sebagai tidak memberi manfaat kepada penonton serta pembentukan minda masyarakat.

Kamaruddin juga berkata, sebagai langkah membendung penularan filem dan drama sebegitu, Kementerian dengan kerjasama SKMM dan Forum Kandungan akan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan Kod Kandungan dipatuhi. Kod Kandungan ini membuktikan satu komitmen ke arah Kawalan Kendiri oleh industri mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Pada dasarnya, kod kandungan mencadangkan garis panduan dengan pendekatan yang bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan dan menggariskan tatacara Kawalan Kendiri yang boleh menghasilkan wadah bagi melahirkan kreativiti, inovasi dan pembangunan sihat industri yang sering berubah.

Jika perlu, pihak-pihak yang berkaitan akan dirundingi bagi memperkemaskan mahupun membuat sebarang pindaan ke atas Kod Kandungan tersebut.

Pada masa ini, para pemegang lesen akur dengan peruntukan-peruntukan yang disebut di atas.

~ Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top