Pelakon filem Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe dilaporkan menghidap penyakit “obsessive-compulsive disorder” yang lebih dikenali dengan nama OCD. OCD adalah sejenis penyakit yang membuatkan penghidapnya selalu bersikap obsesif. Perilaku ini membawa individu terbabit ke arah mementingkan kesempurnaan berlebihan.

Menurut akhbar The Sun, Daniel Radcliffe berterus-terang keadaan dirinya yang menderita dengan penyakit OCD sejak berusia lima tahun. Penyakit itu membuatkan Daniel selalu tidak percaya kepada diri sendiri.


Sebagai contoh, Daniel memerlukan waktu sehingga lima minit untuk meyakinkan dirinya bahawa dia telah mematikan suis lampu.

"Saya sentiasa mengulangi apa yang dilakukan atau berkata dalam hati. Penyakit ini kadang-kadang boleh membuatkan saya gila,"

Menurut Daniel keadaannya semakin baik selepas menjalani sesi terapi bagi penyakit OCD. Dia mula mengurangkan sesi terapi yang dijalankan.

"Walaupun semakin baik tapi saya lalai untuk terus menghadiri sesi terapi yang mungkin akan menimbulkan masalah pada kemudian hari," ujarnya.

Penyakit OCD mengambil masa untuk sembuh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top