Konsert Nusantara 1Malaysia anjuran Universal Music Malaysia dan Rumpun Records di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012 jam 8.30 malam. Konsert Nusantara 1Malaysia menampilkan D'Masiv, Astrid, Geisha, 6ixth Sense, Lefthanded dan GX4, serta penyampai Suria FM.

Keempat-empat artis ini akan mempromosikan produk terbaru mereka berupa album dan single, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid dan albumnya Tentang Rasa serta D'Masiv bersama album Persiapan.

Konsert Nusantara 1Malaysia

Geisha yang kembali ke Malaysia memperomosikan album Meraih Bintang, menampilkan lagu popular mereka Cinta Dan Benci akan terus meraih sokongan rakyat tempatan, berbekalkan single mereka seterusnya Remuk Jantungku.

Lagu daripada album mereka ini turut dimuatkan dalam runut bunyi drama bersiri popular yang hangat ditayangkan, Vanila Coklat yang ditayangkan menerusi slot Lestary, TV3, menampilkan lagu seperti Tentang Rasa oleh Astrid, Geisha (Cukup Tak Lagi, Kenangan Hidupku dan Cinta Dan Benci), selain lagu tempatan Kerana Kasihmu oleh GX4.

Dua persembahan berbeza dijadualkan apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada Hotfm Big Jam di Kuala Terengganu, mana kala D'Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secara akustik pada Akustika Dahsyat dan Ceria, di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac 2012 jam 8.30 malam, disertai kumpulan The Malayan sebagai artis undangan.

Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang diadakan di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, jam 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.

Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, acara sesi beramah mesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuah yang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.

Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan Sunday Nite Jam bersama Nidji dijadualkan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidak berkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.

Kumpulan The Malayan turut diundang untuk mengadakan persembahan pembukaaan, dan bakal ditonton kesemua artis yang turut menyertai rangka promosi kali ini.

Saksikan konsert ini secara percuma!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top