Album pertama Stephen Rahman Hughes mengambil tajuk dari namanya sendiri sebagai pengenalan utama kepada masyarakat umum di Malaysia khususnya.

Album yang mengandungi 8 buah lagu yang dirakam di dalam Bahasa Melayu ini merupakan buah tangan yang disediakan khas buat peminat di Malaysia. Melalui album ini, peminat jejaka dari United Kingdom ini bakal mengenali kemampuan vokal Stephen yang sebelum ini banyak didengar melalui pementasan teater terkemuka dan juga filem.


Gabungan irama pop rock, balada dan rock alternatif, Stephen menerapkan pelbagai gaya yang berbeza di dalam lagu-lagu yang dinyanyikannya. Album ini mendapat sentuhan komposer terkemuka seperti Azlan Abu Hassan, Audi Mok dan Kevin Chin dari Malaysia, Irwan Simajuntak dan Dinuth dari Indonesia, serta sentuhan penulis lirik Malaysia yang terkemuka Shahrom Rashid dan Tinta S.

Single pertama, Bertemu Di Syurga telah pun dipersembahkan di konsert West End Stars Istana Budaya April 2011 dan lagu Cinta Masih Ada juga telah pun dipersembahkan di sebuah Majlis Jamuan Negara di Istana Negara. Maka, jika anda juga ingin mendengarkan suara yang ternyata sama sahaja kualiti vokalnya tatkala di atas pentas dan di dalam album yang anda dengari ini, sudah boleh memilikinya di pasaran mulai 6 Januari yang lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top