Kumpulan SM*SH atau SMASH merupakan sebuah kumpulan dari Indonesia yang ditubuhkan pada 10 April 2010. Nama SMASH merupakan singkatan daripada ‘Seven Men As Seven Heroes’. ‘Heroes’ di sini merupakan pendekatan yang mereka gunakan bagi menyampaikan hasrat mereka yang ingin menginspirasi anak muda untuk berfikiran positif.


SMASH terdiri daripada tujuh remaja iaitu Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi, and Bisma Karisma.

Membawakan genre pop, Smash dibayangi oleh kumpulan pop popular dari Korea Selatan kerana imej serta muzik mereka mirip dengan genre K-pop yang kini semakin popular.

Menjawab kepada persoalan itu , mereka tidak menafikan persamaan yang dimiliki dengan kumpulan K-pop dari Korea, bagaimanapun mereka menegaskan Smash mempunyai identiti tersendiri.

“Ya, mungkin imej lebih kurang sama kerana kami kumpulan yang menyanyikan lagu pop serta menari dan inspirasi kami juga daripada band popular seperti Super Junior, 2PM dan Michael Jackson dan ramai lagi.

“Namun itu tidak bermakna yang kami tidak mempunyai identiti sendiri, kami berasal dari Indonesia, menyanyi dalam bahasa Indonesia cuma rentak sahaja pop yang kebetulan menjadi trend masa kini,” ujar Morgan.

Smash juga tidak menafikan kewujudan mereka disebabkan demam K-pop yang melanda Asia.

“Memang benar ketika kami mula muncul, genre K-pop itu sangat popular, kami suka menari dan menyanyi. Apabila mendapat tawaran untuk berada di dalam Smash, kami semua tidak melepaskan peluang.

“Walaupun genre pop popular di luar tetapi hakikatnya di Indonesia sangat popular dengan band yang bermain alat muzik, jadi sukar untuk kami mendapat kepercayaan peminat pada mulanya.

Diantara lagu yang boleh didapati didalam album SMASH ialah I Heart You, I Heart You (Versi Akustik),Ada Cinta, Gadisku, Inikah Cinta, Oh Ya, Selalu Bersama, Akhiri Saja, Ahhh,dan Senyum Semangat. Video Lagu Smash Selalu Bersama di You Tube juga mendapat perhatian ramai dimana SMASH telah memberikan gerakan tari yang mantap disamping video lagu yang menarik yang harus ditonton.

Penampilan SMASH pada julung kalinya di Malaysia ini mempertaruhkan single mereka yang bertajuk “I Heart You”. Lagu ciptaan Sogi Indradhuaja, Decil Prapanca, Buni D’Looney, dan Hendi ini adalah sebuah lagu rancak bertemakan rasa cinta terhadap seorang gadis remaja. Melalui penyampaian lirik yang ringan dan penggunaan kosa kata yang ringkas, lagu ini mudah difahami dan tentunya senang diterima oleh kebanyakan golongan masyarakat.

Smash akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 13 sehingga 17 Mac depan dan mereka akan mengadakan showcase pertama di ruang legar pusat membeli-belah Sungei Wang, Kuala Lumpur pada 17 Mac pada pukul 1.30 tengah hari.

2 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top