“Setelah dua tahun senyap daripada publisiti media, sekarang saya muncul semula dengan sebuah band iaitu Mojo. Terima kasih kepada Edry KRU yang memberi peluang ini.
“Sebenarnya, kalau ikut perancangan saya akan muncul dengan lagu ciptaan saya sendiri berjudul Bintang. Namun buat masa ni saya sangat happy dan excited untuk muncul dengan Mojo terlebih dahulu.
Mojo adalah projek khas KRU Studios yang akan muncul dengan tiga lagu yang berkonsepkan Synth’ Rock.
ABUN: “Mojo bermaksud aura. Insya Allah… Mojo akan jadi aura baru dalam meneruskan kesinambungan muzik rock oleh otai-otai terdahulu seperti Wings dan Search.
“Edry memilih Aweera kerana semua pun tahu kehebatannya dalam menyanyikan lagu berkonsepkan rock. Bakat, gaya dan nyanyiannya yang bagus sesuai untuk Mojo.
“Mojo dah muncul dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi. Lagu ini adalah daripada kisah benar yang terjadi pada salah seorang kawan kepada Edry sendiri. Seorang lelaki yang masih mencintai isterinya yang meninggal akibat kanser . Cinta itu sentiasa mekar di hatinya walau apa pun yang berlaku.
Petikan: Mangga
first time dengar lgu ni.tecari2 sapa pencipta nya...sekali dgr mcm alunan muzik rock dahulu..uzik inilah yg saya inginkan,,,,tahniah pd awweera kerna mmbwa lgu ni dgn baik
BalasPadamnasib baik smpat npk apm 2012 td..so dr tu dpt tau nama lagu and penyanyi lgu ni ....tersgt2 suke pd lagu ni..u r the best edry .teringat zaman muzik 90 an
BalasPadam