Zahida Rafik atau Zahida Mohamed Rafik bakal memberikan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai pemandu peribadinya yang juga disyaki telah membawa lari wang tunai milik syarikat keluarganya, Aliran Samudra.Trading.Co berjumlah RM200,000.

Ganjaran yang dijanjikan itu akan diberikan selepas orang awam berjaya menjumpai dan menyerahkan pemandu peribadinya kepada pihak polis.

Zahida Rafik berkata, dia terpaksa bertindak menyiarkan gambar pemandunya kepada media tidak lama lagi selepas usahanya dan pihak polis untuk mencarinya masih gagal.

"Apa yang berlaku telah membuatkan diri saya semakin sukar serta tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai orang lain selain keluarga saya.

"Terus-terang pengalaman itu telah memberikan pengajaran yang termahal buat diri saya.

"Saya sendiri tidak menyangka pemandu yang percayai dan sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun itu akhirnya memakan diri saya sendiri.

"Jadi, atas nasihat polis, saya tidak teragak-agak untuk menyiarkan gambarnya kepada umum bagi menyerahkannya kepada pijak polis untuk mengambil tindakan dan siasatan lanjut," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 11 pagi Rabu lalu, pemandunya telah melarikan wang tunai milik syarikatnya sebanyak RM200,000 selepas diamanahkan untuk memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank syarikat keluarganya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu kemudiaannya membuat laporan berkenaan kejadian tersebut di Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, mengesahkan menerima laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan atas dakwaan pecah amanah.

Sesiapa yang berjaya menjumpai pemandu peribadinya yang tinggal di Ampang, Selangor itu boleh terus menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komercial Ampang, Asp. Termizi di talian 017-2465232.

Mereka yang berjaya menemui suspek berkenaan juga boleh terus menghubungi Balai Polis Bukit Indah di talian 03-42952222.

Zahida yang benar-benar terkesan atas apa yang berlaku berkata, dia kini terpaksa bertanggungjawab atas kecuainnya itu.


"Wang itu adalah wang syarikat. Saya yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menguruskannya tetapi disebabkan terlalu sibuk saya serahkan amanah itu kepada pemandu saya yang sudah sebelum ini membantu saya.

"Jadi semua ahli keluarga saya sudah menyalahkan saya. Tapi saya tidak boleh nak buat apa-apa semuanya telah berlaku dan saya anggap ini dugaan Tuhan," luahnya lagi.

Syarikat pernigaan keluarganya itu sudah beroperasi selama lima tahun dan menjalani perniagaan seperti pembekal makanan beku, bidang keselamatan dan beberapa perniagaan lain. ~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top