Drama bersiri Korea menarik menemui penonton setia saluran TV2, mengisi slot Kristal, Triple setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5 petang.

Siri 16 episod ini menampilkan pelakon terkenal Lee Jung Jae (Shin Hwal), Lee Sun Gyun (Jo Hae Yoon), Yoon Kye Sang (Kang Hyun Tae), Min Hyo Rin (Lee Haru), Lee Ha Na (Choi Soo In) dan Kim Hee (Kang Sang Hee).


Sarat dengan babak percintaan, kekeluargaan dan persahabatan, Triple mengisahkan pergolakan hidup dilalui gadis bernama Lee Haru yang bercita-cita tinggi dalam bidang sukan luncur. Namun hasratnya untuk mengejar cita bukanlah semudah disangka. Dia perlu berusaha gigih untuk merealisasikan impiannya itu.

Dugaan besar berlaku dalam hidupnya, apabila ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan ngeri. Haru hilang arah dan tujuan mahu meneruskan kehidupan.

Namun dia kemudiannya bangkit dan berhijrah ke Seoul. Di sana dia bertemu dengan abang angkatnya, Shin Hwal, yang sangat mengambil berat terhadapnya.

Dalam diam, Haru menyimpan perasaan terhadap abang tirinya itu. Sehinggalah dia mengenali Choi Soo In yang merupakan isteri Hwal. Mereka dalam proses penceraian.

Apakah kesudahannya? Siapakah wanita yang bertakhta di hati Hwal? Saksikan kesudahan drama bersiri arahan Lee Yoon-Jung, hanya di TV2!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top