Tarikh: 10 April 2012
Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru
Tempahan: www.persadajohor.com atau hubungi talian 013-777 8048/ 019-756 6905
Siti Nurhaliza akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada, Johor Bahru, pada 10 April 2012. Majlis Minggu Setiausaha yang bertemakan merah dan hitam itu akan dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu hits Dato' Siti seperti Cindai, Percayalah dan lagu-lagu popular beliau suatu ketika dulu. Beliau akan bekerjasama dengan penerbit dan komposer terkenal, Aubrey Suwito bagi menjayakan lagi persembahan di majlis yang bakal berlangsung selama 45 minit itu.
Siti juga akan mempersembahkan lagu popularnya sejak awal kemunculannya dalam bidang seni sehingga kini, termasuk lagu Inggeris, Set Fire To The Rain nyanyian Adele dan Moves Like Jagger daripada Maroon 5 pada Minggu Setiausaha nanti.
Menjangkakan persembahannya itu akan mendapat sambutan bukan saja daripada syarikat korporat mahupun individu di sekitar Johor Bahru, tetapi Siti juga berharap ia dapat menarik peminatnya dari Singapura.
Buat peminat Dato' Siti Nurhaliza yang ingin melihat penyanyi tersohor tanah air ini secara dekat, anda bolehlah membeli tiket dengan harga RM10000, RM5000, RM3500, dan RM2500 bagi setiap satu meja. Majlis Minggu Setiausaha tersebut akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada 10 April 2012, jam 12:30 tengahari. Untuk maklumat lanjut, layari www.persadajohor.com atau hubungi 07-219 8888.
0 ulasan:
Catat Ulasan