Dakwaan kononnya Siti membeli sebuah kondominium mewah di negara kanggaru itu muncul apabila penyanyi ini menghadiri majlis pelancaran projek The Istana yang akan dibina di Melbourne, di ibu kota, baru-baru ini.
Siti menganggap kehadirannya pada majlis itu adalah sebagai tanda sokongan kepada syarikat tempatan.
“Insya-Allah kalau ada rezeki Siti ingin juga memilikinya kerana mereka menawarkannya kepada Siti pada harga yang istimewa. Tetapi Siti belum terfikir untuk memilikinya lagi buat masa ini.
“Siti rasa satu keperluan juga untuk anak-anak kerana mereka berada di sana, jadi daripada menyewa rumah dengan kos yang tinggi, lebih baik duduk di rumah sendiri. Lagipun ini juga satu pelaburan,” katanya mengenai kediaman berharga lebih RM1.5 juta seunit itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan